Cara Membina Personal Branding(untuk Agen, Reseller, Dropship)

Cara Membina Personal Branding(untuk Agen, Reseller, Dropship)

Mungkin ramai yang nak tahu tentang strategi membina personal branding untuk Agen, Reseller, Dropship dan seumpamanya.

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman seseorang yang sekarang ini telah menjadi CEO dan sebelum ini pernah menjadi Reseller untuk sebuah brand selama bertahun-tahun.

Kita panggil beliau sebagai Amelia.

Pada awalnya, Amelia berkata salah satu masalah atau tantangan menjadi Reseller ialah terlalu banyak pesaing yang menjual produk yang sama. Betul tak? Saya setuju.

Contohnya, Anda berada di bawah leader A. Sudah semestinya Reseller yang berada di bawah leader A bukan kita seorang tetapi ada beberapa Reseller² yang lain.

Jadi, sebagai seorang Reseller, Anda perlu membuat strategi bagaimana caranya supaya calon pembeli(target audience) memilih produk Anda dan bukan membeli ke Reseller lain.

Caranya adalah dengan membina PERSONAL BRAND.

Itulah sebabnya kenapa membina personal brand itu penting bagi Reseller dan bagi Amelia, itu adalah teknik yang WAJIB untuk dikuasai oleh seorang Reseller.

Tapi sebelum saya share tentang strategi membina personal brand, kita perlu tahu dulu apa maksud Personal Branding.

Personal Brand dalam bahasa yang mudah adalah personaliti kita ATAU persepsi orang lain terhadap diri kita.

Jadi, bukan apa yang kita ceritakan tentang diri kita TAPI apa yang orang lain cakapkan(atau ‘mengumpat’) tentang kita.

Personal Brand itu terbentuk bukan sebab kita yang mengaku ini dan itu tetapi ianya adalah dari pendapat orang lain tentang kita.

Membina Personal Brand yang selalunya datang dari kepercayaan(trust) target market atau calon pembeli(target audience) terhadap kita.

Kalau kita berjaya membina Personal Brand yang kuat, kita akan lebih banyak mendapat TRUST dan InsyaAllah penjualan pun semakin meningkat.

Sekarang, dah boleh bayangkan apa itu Personal Brand, kan?

Disebabkan post ini khas untuk Reseller, saya akan menjelaskan point strategi yang penting supaya kita dapat membayangkan mengikut pengalaman Amelia ketika menjadi Reseller dulu.

Jangan risau, kalau Anda bukan Reseller, Anda tetap boleh mempraktikkannya.

Khairul Aming adalah salah seorang yang telah membina Personal Brand yang kuat.

1. MENGENALI TARGET MARKET(AUDIENCE) DI MEDIA SOSIAL

Membina Personal Brand perlu ada sebab dan tujuannya. Secara umum, ada dua cara dalam membina personal brand:
PERTAMA, membina Personal Brand sesuai dengan passion atau perkara yang disukai.
KEDUA, membina Personal Brand dengan tujuan untuk berniaga atau membina bisnes.
DAN, tujuan Amelia membina Personal Brand adalah sebab yang KEDUA tadi.

Disebabkan tujuannya adalah untuk membuat sales, maka Anda perlu kenal dahulu target market Anda(atau lebih spesifik lagi, target audience).

Produk pertama yang Amelia jual adalah buku-buku bisnes dan targetnya adalah orang-orang yang nak belajar bisnes.

Disebabkan Amelia sudah tahu target marketnya, strategi seterusnya dia akan add friends dari kalangan peniaga-peniaga online dan follow akaun penulis-penulis buku yang dia jualkan di akaun Facebooknya.

Bayangkan, kalau kita menjual buku bisnes tetapi kawan-kawan di Facebook atau Followers di Instagram kita bukan orang yang tertarik dengan dunia bisnes, bukankah itu seperti membuang masa?

Betul tak? Tak terjuallah buku-buku kita tu nanti sebab Followers tak berminat pun dengan produk yang kita jual.

Disebabkan target market Amelia adalah orang-orang yang nak belajar berniaga, jadi Amelia memutuskan untuk membina Personal Brand sebagai reseller buku bisnes yang faham tentang bisnes dan boleh memberikan solusi kepada masalah target marketnya. Boleh bayangkan tak?

Contohnya, kalau kita menjual tudung labuh yang targetnya muslimah yang taat kepada agama, kita seharusnya faham apa yang mereka suka dan mereka inginkan.

Muslimah yang taat biasanya menyukai content yang berkaitan dengan soal jawab agama.

Ketika kita sudah tahu target marketnya, tahu apa yang mereka suka dan apa yang mereka inginkan… sambunglah membaca point yang kedua pula ye.

2. POST CONTENT DI MEDIA SOSIAL

Perkara yang paling penting di media sosial adalah Content atau isi kandungan di media sosial kita.

Kalau di Facebook, isi Contentnya mestilah berada di status dan story kita. Kalau di Instagram, Content berada di feed, reels dan story kita.

Perlu diingat, Content di media sosial adalah CERMINAN diri kita.

Jadi, hati-hati kalau nak post Content di media sosial sebab apa yang kita postkan akan menjadi Personal Brand kita di mata pengikut kita di media sosial.

Kalau ikut pengalaman Amelia menjadi Reseller dulu, beliau selalu update status yang berkaitan dengan bisnes.

Pada mulanya memang rasa pelik sebab sebelum itu beliau tidak pernah share apa-apa berkaitan bisnes. Tiba-tiba(kerana tuntutan kerja) akhirnya Amelia ‘buat-buat tahu’ dan selalu share tentang bisnes pula.

Demi menarik perhatian pengikut, nak taknak terpaksalah Amelia buat Personal Brand dan status-status yang sangat berbeza dari sebelum ni.

Tapi kena ingat, Content kita mestilah ada kaitan dengan target market kita, ok.

Kalau Content tiada kaitan dengan target market, rasa macam kita ni tidak ada kena mengena pulak dengan mereka. Seolah-olah bercakap dengan dinding.

Contohnya, Anda menjual kereta Isuzu tapi isi contentnya hanya joget-joget tiktok “mipan zuzuzu zuzuzu” je. Bukankah itu tidak ada kena mengena langsung! Haha.

Kalau kita menjual tudung labuh, Contentnya yang kita buat mestilah content yang berkaitan dengan agama Islam. Contohnya, kita boleh buat content tausiah, muhasabah, tips muslimah dan sebagainya.

Pastikan setiap akaun kita perlu ada cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman peribadi kita supaya pembaca percaya(trust) dengan kita. Contohnya, kalau target market kita ibu-ibu, buatlah content yang ibu-ibu suka.

3. MEMBAIKI GAMBAR PROFILE

Kenapa profil di media sosial tu penting? Kenapa dianggap penting dari gambar profil sehinggalah ke info di bio kita?

Kerana profil menunjukkan penampilan kita di media sosial.

Lebih-lebih lagi kalau baru saja membina Personal Brand. Sebab dari situlah titik penting untuk mendapatkan kepercayaan dari calon pembeli kita sebelum kita mula menjual produk.

Jadi, usahalah menggunakan gambar profil yang tercantik supaya calon pembeli akan percaya dengan kita.

Contohnya, Amelia berkata beliau akan guna gambar sedang bercuti sebagai gambar profil sebab gambar bercuti selalunya nampak cantik.

Bagaimana dengan status atau feed di media sosial?

Kalau kita buat status tapi nampak sepi atau tidak ada sesiapa yang nak add friend, boleh jadi sebab penampilan gambar profil kita nampak tidak menyakinkan.

Selain Facebook, Amelia juga membuat grup dan channel di telegram. Di sana, Amelia banyak share tentang bisnes dan bisnes bukunya.

Apabila orang sudah percaya dengan Amelia di Facebook, dengan mudah mereka boleh diarahkan untuk masuk ke grup atau channel Amelia yang lain.

Selain menjual produk, Amelia membina akaun-akaun di media sosial kerana ingin berada lebih dekat dengan followersnya. Sehinggalah mereka berasa selesa untuk menerima content² yang Amelia akan share di media sosialnya.

4. TAHU KELEBIHAN DIRI

Ketika membina Personal Brand, kita perlu tunjukkan kelebihan kita sehingga calon pembeli ingin membeli produk yang kita tawarkan.

Amelia berkata, ketika dia mula-mula ingin membina Personal Brand sebagai Reseller, dia fokus untuk menguasai copywriting.

Jadi, dia betul-betul belajar cara membuat copywriting yang bagus.

Alhamdulillah ketika itu memang ramai kawan-kawan online Amelia kata copywriting yang dia buat sangat menarik untuk dibaca dan membuatkan mereka nak membeli produk yang Amelia tawarkan.

Bila disebut tentang kelebihan diri ini, hanya kita sahaja yang tahu apa kelebihan yang kita ada. Silakan cari.

5. TUNJUKKAN PRESTASI

Ketika membina Personal Brand, prestasi ini adalah salah satu yang boleh meningkatkan kepercayaan orang lain kepada kita.

Tetapi jangan sampai kita tunjuk prestasi diri yang dibuat-buat ye. Itu bukan namanya membina Personal Brand tapi membina ‘dosa personal’ sahaja.

Contohnya, antara prestasi yang Amelia tunjukkan ketika menjadi reseller adalah senarai Top 5 Reseller di Selangor yang ada nama beliau.

Prestasi seperti ini boleh meningkatkan kepercayaan calon pembeli . Dengan adanya prestasi, buatlah calon pembeli menjadi percaya dengan kita.

6. BERKARYA

Sebenarnya, karya ada bermacam-macam jenis bentuk. Boleh jadi buku, video, eBook, design atau membuat kelas online.

Seperti Amelia, beliau menulis sebuah buku bisnes tentang copywriting(ingat lagi kan apa kelebihan Amelia tadi).

Dengan berkarya, nama kita boleh dikenang dan dikenali ramai orang. DAN perkara ini sangat penting dalam membina Personal Brand.

Sewaktu Amelia masih menjadi seorang Reseller, dia juga pernah membuat kelas belajar copywriting secara percuma di Telegram. Walaupun percuma, bagi Amelia itu adalah sebahagian daripada karyanya.

Walaupun kita hanyalah seorang agen, reseller atau dropship, jangan lupa untuk berkarya ye.

7. KONSISTEN

Inilah point terakhir dalam membina Personal Brand iaitu konsisten.

Kalau kita hanya bersemangat di awal-awal sahaja dan tidak membuat secara berterusan, aktiviti Personal Branding kita akan menjadi sia-sia dan tidak memberi hasil yang kita inginkan.

Kenapa Amelia pada mulanya hanya boleh menjual 1 buku dalam 1 bulan dan akhirnya boleh menjadi Top 5 reseller dalam beberapa bulan sahaja(dengan izin Allah)?

Salah satu sebabnya adalah konsisten!

Boleh bayangkan?


Silakan praktikkan strategi ini.

Menurut Amelia ,menjadi Reseller itu bukan sahaja perlu tahu membina Personal Branding sahaja. Banyak ilmu lain yang perlu dipelajari (mungkin saya akan cerikan di post yang lain).

Jika Anda ada pertanyaan tentang Personal Branding, sila tanya di ruangan komen.

Ok, itu sahaja untuk hari ini.

Sila share dengan kawan-kawan yang lain kerana ini adalah masalah yang selalu dihadapi oleh agen, reseller, dropship dan seumpamanya.