Platform Yang Terbaik Untuk Content Marketing

Platform Yang Terbaik Untuk Content Marketing

Bagi anda yang sedang membaca post ini, mungkin tengah memilih platform mana yang terbaik untuk membuat content, kan?

Macammana nak pilih platform yang terbaik untuk content marketing kita?

Jawapannya tidak semudah itu… TERGANTUNG kepada kita, sebenarnya.

Apakah platform yang boleh membuat content marketing?


Platform adalah tempat dimana kita membahas atau share content yang bermanfaat dan relevan untuk membina audience.

Sebenarnya, ada bermacam-macam jenis platform yang kita boleh pilih untuk membuat content marketing seperti di Facebook, Instagram, Podcast, email, blog dan sebagainya.

Tetapi, ada 2 perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membina content di platform-platform ini.

Platform control.

Ada 2 pilihan platform control yang kita boleh pilih iaitu ‘more control’ atau ‘less control’.

Di platform ‘more control’, kita boleh mengawal(control):

  • content yang kita dapat.
  • content yang kita terima.
  • content yang kita kongsikan.

Antara platform yang kita boleh kawal sepenuhnya adalah email newsletter dan blog.

Kedua-dua platform ini kita mempunyai ‘more control’ tetapi perlu melalui proses jangkamasa yang panjang sekurang-kurangnya 12-18 bulan untuk membina audience. Itupun kalau kita menulis secara konsisten dan mendapat perhatian dari Google Search.

Sebab itulah memilih platform email newsletter dan blog ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Katakanlah kita ingin membuat blog dan tahu audience kita berada di Twitter, Instagram ataupun di Facebook. Kita boleh fokus kepada salah satu media sosial tersebut sambil menarik mereka ke blog.

Dengan cara ini, kita dapat menaikkan audience dengan lebih cepat menggunakan pilihan ‘more control’ iaitu membina blog dan email newsletter.

Bagaimana pula kalau memilih platform yang ‘Less Control’?

Youtube, Tik Tok, Instagram, Facebook dan media sosial yang lain adalah contoh platform yang kita tidak boleh kawal sepenuhnya(less control).

Sebenarnya di media sosial, kita seperti sedang menyewa tempat dan tidak mempunyai hak langsung di platform tersebut. Walaupun kita boleh membina audience di media sosial, kita tidak boleh control apa yang kita mahukan dan juga tidak mempunyai hak untuk setiap post yang kita kongsikan.

Tidak mustahil kalau satu hari nanti, media sosial ini akan hilang. Contohnya yang pernah terjadi kepada Google+, semua bisnes yang membina content di Google+ hilang kesemuanya dan itulah risikonya kalau kita terlalu fokus membina content di platform ‘less control’ ini.

Tapi, kebaikan yang ada di platform media sosial ini adalah kebanyakan audience kita sudah berkumpul di situ. Kalau kita ingin mempromosikan bisnes atau menjadi content creator, mudah nak jumpa target audience di situ.

Kalau target kita ialah anak-anak muda, mungkin kita akan pilih tik tok atau instagram dan inilah antara platform yang kita kena fokuskan.

Jadi, sebelum kita membuat content marketing, kita kena pilih platform yang kita ingin fokuskan dulu samaada platform ‘more control’ ataupun ‘less control’. Atau mungkin kedua-duanya sekali.

Apakah jenis content yang kita boleh sampaikan?

Kalau content kita lebih fokus kepada text(penulisan), mungkin boleh fokus di blog, LinkedIn ataupun Twiter. Kalau content yang visual(bergambar), mungkin di Instagram ataupun Facebook.

Kalau fokus content yang berbentuk video, mungkin di Tiktok, Instagram ataupun Youtube. Kalau fokus content yang berbentuk audio, mungkin boleh fokus di platform podcast seperti Itune dan Spotify.

Ini contoh cadangan sahaja.

Tapi kena ingat, Youtube pun lebih kurang sama seperti blog juga. Kita perlukan masa yang agak lama untuk membina audience di youtube walaupun kita kongsikan content secara konsisten.

Kesimpulannya, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Yang penting, walaupun sekarang ada pelbagai jenis platform yang kita boleh pilih, sebaik-baiknya kita hanya fokus kepda SATU ‘more control’ dan SATU ‘less control’ platform sahaja.

Selepas itu, kita kena fikirkan di platform mana kita boleh fokus dan konsisten dalam jangkamasa yang panjang untuk membina audience. Kalau kita nak fokus kepada email newsletter(selepas mengumpul target audience di email), mungkin kita kena hantar email seminggu sekali secara konsisten selama bertahun-tahun. Percayalah, hasilnya nanti pasti di luar jangkaan.

Walaupun kita masih fokus membina content di media sosial, pastikan suatu hari nanti platform utamanya berada di platform ‘more control’ iaitu di email dan blog.

Katakanlah ada yang ingin fokus di Youtube.
“Saya nak buat content di youtube dengan mengupload video berkualiti setiap hari Selasa dan Khamis. Saya nak fokus di situ sahaja. Saya nak jadi content creator terbaik di Youtube dan hanya fokus niche pilihan saya.”

Kalau anda mempunyai azam seperti ini, saya yakin selepas beberapa bulan anda akan mandapat hasil yang di luar jangkaan.

Sekali lagi, apa-apa pun semuanya tergantung kepada diri kita sendiri. Kalau mempunyai kesabaran yang tinggi dan ingin memilih platform‘more control’ … email dan blog boleh menjadi platform utamanya.

Kalau nak result yang sangat cepat, media sosial seperti Tiktok dan Instagram boleh dijadikan platform utama kita. Selepas mendapat banyak audience di situ, kita juga boleh membawa mereka ke blog atau email newsletter melalui CTA(call to action).

OK, saya harap post ini dapat membantu anda membuat content marketing dan sila share ke kawan-kawan yang lain jika rasa topik ini bermanfaat.

Sumber inspirasi: Joe Pullizi