Selalu Tidak Ada Masa? Cuba Tips ini…

Selalu Tidak Ada Masa? Cuba Tips ini…

Tips kali ini lebih ke arah pengurusan masa.

Apa yang terbayang di fikiran kita kalau mendengar time management? Sudah tentu time management bermaksud cara menguruskan masa.

Mungkin ada yang kata strategi untuk datang tepat waktu, cara menggunakan masa sebaik-baiknya dan macam-macam lagi. Semua jawapan tersebut boleh diterima.

Kenapa Menguruskan Masa Sangat Penting?

Apabila kita menguruskan masa, kita dapat:

  1. Mengelakkan diri melakukan hal-hal yang tidak perlu ataupun hal-hal yang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu.
  2. Melatih diri supaya dapat menentukan waktu bila boleh melakukan hobi atau melakukan perkara-perkara yang kita inginkan.

Melatih Diri Menjadi Produktif

Ramai yang tahu masa adalah emas dan tidak boleh dipinjam, disewa atau diulang kembali.

Sebenarnya, kita boleh mendapatkan ekstra 1 jam setiap hari dengan membuat satu strategi iaitu dengan membahagikan masa satu hari menjadi part-part yang kecil.

Contohnya: Ali mengambil masa satu jam perjalanan untuk ke pejabatnya. Kalau Ali perlu berada di pejabat pukul 8 pagi, bererti Ali kena bertolak dari rumah paling lewat pukul 7 pagi(sebab perjalanan adalah satu jam). Kalau Ali bertolak dari rumah pada pukul 6:30 pagi, Ali mempunyai ‘masa ekstra’ 10 minit apabila dia sampai di pejabat nanti(kalau perjalanan betul-betul sejam).

Atau kita ambil contoh yang lain iaitu memasak mee segera. Katakanlah, masa memasak mee segera tersebut adalah selama 10 minit. Tapi kalau masa memasak 5 minit sudah memadai dan sesuai dengan selera, kita tetap akan memasak 5 minit juga, kan. Jadi, kita ada tambahan masa 5 minit yang lain.

Laura Vanderkam

Tetapi, dari penelitian yang dilakukan oleh Laura Vanderkam(seorang pakar ‘time management’), pendapatnya adalah terbalik dari kisah tadi.

Apa pendapatnya?

Kata beliau, kita tidak perlu menyusun waktu untuk menjadi lebih produktif tetapi kita hanya perlu menjalani waktu dengan apa yang kita ingin lakukan. Jadi, disitulah kita akan merasa cukup masa.

Semakin pening, kan? Sebenarnya ada kisahnya…

Laura pernah membuat kaji selidik ke atas 1000 wanita yang sentiasa sibuk. Ada yang sibuk bekerja, ada yang sibuk menjaga anak kecil dan bermacam-macam lagi. Mereka semua diarahkan untuk menulis aktiviti harian mereka di dalam diari.

Dari tulisan diari mereka, ada kejadian unik yang dialami oleh wanita-wanita ini.

Kisah Wanita Pertama.

Ketika Alice baru pulang dari kerja pada pukul 8 malam, dia baru sedar water heater di apartmentnya bocor. Jadi, bilik airnya dipenuhi air di setiap sudut.

Dia pun memanggil tukang servis dan tukang cuci karpet untuk membaiki dan membersihkan rumahnya. Menurut tulisan diarinya, dia sudah menghabiskan kira-kira 7 jam dalam seminggu untuk fokus membaiki water heaternya.

Soalannya, bagaimana dia boleh ada waktu 7 jam? Sedangkan, dia seorang yang sangat sibuk bekerja.

Kalau dari awal kita bertanya Alice,

“Puan, boleh tak puan luangkan masa 7 jam seminggu untuk bersenam dan membaca buku?”.

Jawapan Alice sudah tentu jawapannya ‘TIDAK’ sebab dia tahu jadual dia sangat padat dan sibuk.

Kesimpulannya, kita memang tidak boleh menambah waktu sebab semua manusia di mukabumi ini diberikan waktu yang sama iaitu 24jam sehari.

Tapi, kita boleh menjadikan waktu itu flexible atau digunakan dengan sebaik-baiknya.

Apakah caranya?

Caranya dengan membuat jadual yang berkaitan dengan aktiviti yang kita rasakan penting.

Kisah Wanita Kedua…

Kisah Amylea pula, dia sudah membuat temujanji untuk pergi temuduga tetapi dia tidak datang ke temuduga tersebut pada waktu yang telah ditetapkan. Kenapa?

Dia memberi alasan,

“Pagi hari sebelum temuduga tu, cuaca nampak cerah. Jadi, saya bercadang ingin pergi hiking dan berjalan-jalan. Sukahati sayalah,kan. It’s my choice.”

Amylea tidak memberi alasan yang klise seperti dia tidak sempat atau tidak boleh datang ke temuduga tersebut atas halangan yang tidak boleh dielakkan. Dia hanya tidak berminat untuk pergi ke sana.

Situasi Amylea lebih kurang sama seperti kita mengajak seorang kawan untuk keluar makan tapi dia menjawab,…

“Sorrylah, tak boleh ni… sibuk” atau I have no time= Isn’t my priority.

Orang seperti ini bukannya tidak mempunyai masa tetapi meraka yang tidak mahu meluangkan masanya.

Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah dua wanita tadi?

  1. Listkan perkara yang penting yang kita ingin lakukan dalam kehidupan seharian.
  2. Kalau perlukan lebih waktu, bahagikan masa seperti kisah Alice tadi.

Bayangkan sekarang kita sudah sampai ke akhir tahun dan kita sudah berjaya melaksanakan perkara-perkara hebat yang kita ingin lakukan.

Dua Sisi Kehidupan

Sebenarnya kita ada dua sisi kehidupan iaitu profesional(berkaitan dengan karier, pekerjaan, pembangunan diri) dan peribadi(berkaitan dengan keluarga, hubungan dengan kawan-kawan, hubungan dengan Allah dan sebagainya).

Tugas hari ini: Tuliskan 3-5 point dari dua sisi(profesional dan peribadi) yang anda rasa amat penting dalam hidup pada tahun ini.

Tuliskan point tersebut dengan jujur. Kemudian, pecahkan dan susunkan mengikut had skala daripada ‘tidak penting’ sehinggalah ‘amat penting’.

Cara ini boleh dipraktikkan ketika berniaga, menjadi ibu rumahtangga ataupun aktif didalam persatuan organisasi.

Contoh point-point yang boleh ditulis, antaranya ialah:

  • umrah
  • mendapat sales puluhan ribu
  • mahir facebook ads
  • membuka cawangan kedai
  • mempunyai waktu berkualiti dengan keluarga
  • menurunkan berat badan.

Dari point-point tersebut, kita boleh membuat ‘action plan’ atau strategi yang sederhana yang berkaitan dengannya. Contohnya, membuat tabung umrah, bersenam setiap kali selepas bekerja di pejabat, mengikuti kelas ataupun workshop, sarapan bersama keluarga dan sebagainya.

Tindakan yang sederhana itulah menjadi titik penting yang akan membawa kepada tujuan kita yang sebenar(impian).

Kita sudah tahu, setiap orang mempunyai waktu 24 jam x 7 hari =168 jam seminggu.

Jika 50 jam seminggu kita menghabiskan waktu untuk bekerja, maka kita ada 68 jam lagi untuk melakukan perkara yang lain. Dalam 168 jam yang kita ada, kita tentu boleh meluangkan waktu untuk membuat perkara-perkara yang penting jika kita menguruskannya dengan sebaik-baiknya.

Time management membolehkan kita melihat kehidupan harian seseorang dan melihat perkara baik yang terjadi pada dirinya.

– Laura Vanderkam.

Walaupun sibuk, pastikan kita ada waktu untuk melakukan hal atau aktiviti yang penting yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Ketika kita fokus sepenuhnya kepada hal yang penting, tanpa kita sedar, hidup kita akan menjadi lebih baik, InsyaAllah.

Di mana ada kemahuan, disitu akan ada waktu. Semoga bermanfaat.