Cara Daftar Shopee Affiliate Malaysia

Dalam post hari ini, saya nak kongsikan cara menyertai shopee affiliate di Malaysia.

Ketika wabak penyakit merebak, ramai orang mula mencari cara untuk meningkatkan pendapatan mereka. Salah satu cara untuk jana pendapatan secara online adalah dengan menyertai affiliate program seperti Shopee Affiliate.

Apa Itu Shopee Affiliate Program?

Shopee merupakan marketplace yang terbesar di Malaysia pada masa kini. Shopee pernah mencatatkan peningkatan sebanyak 160.7% dan menghasilkan US1.2 billion pada tahun 2021.

Disebabkan peningkatan keuntungan yang tinggi, Shopee Malaysia mula memperkenalkan Shopee Affiliate Program pada akhir tahun 2021.

Dengan Shopee Affiliate, content creator, blogger dan sesiapa sahaja dibenarkan untuk mendapat duit komisen hasil daripada mempromosikan produk di Shopee.

Menyertai Shopee Affiliate adalah percuma. Anda akan mendapat komisen setiap kali ada pembeli mengklik link affiliate Shopee anda dan membeli produk dari link tersebut. Kadar komisen yang diberikan adalah antara 1% sehingga 21%, bergantung kepada kategori produk dan promosi.

Sumber: Shopee Affiliate Program (Malaysia)

Shopee Affiliate sangat sesuai untuk blogger, influencer dan content creator yang sudah memiliki banyak followers. Oleh sebab itulah Shopee telah menetapkan setiap media sosial perlu mengikut syarat seperti berikut:

  • Youtube: mempunyai >8,000 subscribers.
  • Instagram/TikTok: mempunyai >5,000 followers.
  • Twitter: mempunyai >10,000 followers.
  • Facebook(personal): mempunyai >2,000 friends.
  • Facebook(fan page/group): mempunyai 1,000 followers.

Blogger pun boleh menyertai Shopee Affiliate ini tetapi saya tidak pasti berapa pageviews yang mereka inginkan.


Bagaimana Shopee Affiliate Dijalankan?

Shopee Affiliate membolehkan anda mempromosikan produk Shopee kepada target market anda menggunakan link produk yang yang dicipta khas untuk anda sahaja(unik).

Apabila pelanggan mengklik link anda, mereka akan dibawa ke product page yang berada di Shopee marketplace. Jika mereka membeli produk dalam jangkamasa 7 hari(dengan menggunakan link yang sama), anda akan mendapat komisen.

Jika pelanggan tersebut tidak membuat pembelian, anda tidak akan mendapat komisen. Walau bagaimanapun, jika mereka kembali menggunakan link anda dalam jangkamasa 7 hari dan membuat pembelian, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembeliannya.

Kadang-kadang pelanggan menggunakan link anda hanya untuk melawat Shopee dan menambahkan produk ke dalam cart mereka. Kemudian mereka pergi tanpa meneruskan pembelian. Jika order mereka tadi masih berada di dalam cart sebelum tamat tempoh(7 hari), anda masih akan menerima komisen.

Setiap hasil yang anda peroleh akan ditunjukkan di dalam akaun Shopee anda dan komisen akan dibayar melalui ShopeePay.


Cara Daftar Shopee Affiliate

Pastikan anda sudah mempunyai akaun di Shopee sebelum anda mendaftar Shopee Affiliate. Ini adalah langkah demi langkah untuk mendaftar Shopee Affiliate di Malaysia.

1. Pergi ke website Shopee Affiliate Program

Buka website www.affiliate.shopee.com.my dan klik ‘ENTER NOW’.

2. Login

Login ke akaun Shopee anda yang sudah didaftar. Jika belum daftar, klik ‘Sign Up’.

3. Pilih ‘Individual’

Di bahagian ‘Account type‘, pilih ‘Individual’. Kemudian, masukkan semua butiran peribadi anda dengan tepat dan pastikan masukkan alamat e-mail yang sama digunakan semasa mendaftar Shopee. Shopee akan menghantar kod pengesahan melalui e-mail.

4. Ruangan ‘Verication code

Selepas mendapat kod pengesahan, salin 6-digit kod dan masukkan di ruangan “Verication code” dan klik “Next”. Verication code akan dihantar memalui e-mail seperti gambar di bawah ini.

5. Masukkan website, niche dan partner type

Di bahagian ‘website url’, masukkan link penuh media sosial anda. Contohnya: facebook.com/saya.

Untuk ‘categories niche’, pilih kategori yang berkaitan dengan content anda.

Pilih ‘blogger/social media’ di bahagian ‘Partner Type’.

6. Klik ‘Submit’

Jangan lupa isikan di bahagian yang penting. Kemudian klik ‘submit’.

7. Mendapat Pengesahan Daripada Shopee

Pendaftaran yang telah diterima akan disemak oleh pasukan Shopee Affiliate dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 hari bekerja. Shopee akan menghantar email pengesahan sekiranya permohonan anda diterima atau ditolak(sila cek inbox dan spam).

Jika permohonan anda diterima, di dalam email tersebut anda perlu klik ‘HERE’ dan anda sudah boleh terus memulakan affiliate marketing anda.

Jika pendaftaran anda ditolak, anda akan mendapat e-mail seperti berikut.

contoh e-mail jika pendaftaran Shopee Affiliate ditolak.

Jika pendaftaran anda diterima, anda akan nampak ruangan ‘affiliate program’ di dalam Shopee akaun anda.


Cara Memilih Produk Affiliate Yang Ingin Dipromosikan

Setelah memilih niche, anda akan berasa lebih mudah untuk memilih produk affiliate yang sesuai di Shopee. Pastikan produk yang dipilih itu mempunyai kaitan dengan content yang anda sampaikan.

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk memilih produk affiliate yang tepat adalah dengan:

1. Mengetahui Target Market

Anda perlu mencari target market yang sesuai dengan produk yang anda tawarkan. Ramai yang membuat kesilapan dengan menawarkan produk kepada orang yang salah. Contohnya, anda menjual pil kurus kepada orang yang beratnya 45kg.

2. Mengetahui Kualiti Produk (Product Knowledge)

Antara kesilapan yang selalu dilakukan ketika mempromosikan produk affiliate ialah salah menulis informasi tentang produk yang ditawarkan. Anda perlu mengetahui ciri-ciri dan manfaat produk yang ingin dipromosikan. Ini juga akan memudahkan anda untuk memperkatakan tentang produk tersebut dan membuat content.

3. Baca Setiap Review Produk

Bayangkan diri anda sebagai pelanggan dan tanya kepada diri samaada anda akan membeli produk ini ataupun tidak? Cuba perhatikan sama ada pembeli produk tersebut memberikan banyak review positif ataupun tidak. Dari situ, anda boleh mengetahui keadaan produk yang sebenar secara mendalam.

Mempromosikan Produk Affiliate Di Dalam Content

Sebaik sahaja anda tahu content apa yang patut dibuat, tibalah masanya untuk memasukkan link affiliate ke dalam content media sosial anda.

Memasukkan link affiliate adalah bergantung kepada content yang anda buat. Jangan masukkan 5 link affiliate yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan content yang anda ingin sampaikan.

Kalau anda membuat content tentang “10 Alat Terbaik untuk Menyelesaikan X”, anda perlu memasukkan 10 jenis link affiliate untuk meningkatkan peluang mendapat pembelian.

Golnya adalah dengan memasukkan link affiliate yang seiring dengan content anda buat.

Kesimpulan

Ini adalah cara untuk membuat duit dengan shopee affiliate Malaysia. Sebenarnya, mudah membuat duit dengan shopee affiliate jika anda mempunyai followers yang banyak dan trafik(views) yang tinggi,.

Saya harap post ini boleh merupakan langkah terawal anda untuk menjadi seorang affiliate marketer di Shopee. Semoga bermanfaat.