Tips Marketing Untuk Meningkatkan Penjualan

Tips Marketing Untuk Meningkatkan Penjualan

Sebenarnya banyak sekali teknik ataupun strategi untuk meningkatkan penjualan. 

Tapi kali ini saya tertarik untuk membahas dari segi manusiawinya. 

Kerana menurut saya, dengan kita memahami manusiawinya itu akan lebih mudah untuk “mempengaruhi” orang tanpa perlu usaha yang lebih besar mahupun skill yang hebat.

Kalau mampu menguasai kedua-duanya ye… lebih bagus lagi. 

Tapi sesuai pembahasan kali ini, saya akan lebih fokus membahas dari sisi psikologi manusiawinya.

Average Order Value (A.O.V)

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kita untuk meningkatkan penjualan seperti strategi marketingnya, jumlah prospeknya, conversion ratenya, order transaksinya atau disebut sebagai A.O.V.

Supaya pembahasannya lebih fokus, kali ini saya akan bahas tentang cara meningkatkan order transaksinya (A.O.V.). 

Sebagai contoh, jika 1 orang membeli dengan harga RM50, kita naikkan harga agar nilai transaksinya untuk sekali order menjadi RM100, RM200, atau bahkan lebih.

Jika selama ini Anda dalam sebulan mempunyai 100 customer dengan order transaksinya satu orang adalah RM100, maka sales Anda dalam sebulan adalah RM10,000. 

Betul, kan? Cuba kira balik.. haha!

Tapi jika Anda mampu menaikkan AOV nya dari yang tadinya RM100, menjadi RM300, maka sales Anda dalam sebulan akan terus naik 3x ganda menjadi RM30,000 sebulan. 

Padahal meningkatkan AOV ini bukan hal yang susah kalau kita tahu caranya.

Ada banyak perkara yang boleh Anda lakukan untuk meningkatkan AOV, antaranya:

1. Dengan Bundling

Beli satu RM50, kalau beli 2 jadi RM75. Ini automatik akan mendorong orang untuk belanja lebih banyak, kerana mereka rasa lebih jimat.

2. Dengan Menerapkan Minimum Order

Ini ternyata banyak juga diterapkan di pelbagai jenis bisnis. 

Termasuklah kedai dobi di tempat tinggal saya. Dulu tidak ada minimum order, dan dikira betul-betul ikut setiap kilogram. Contohnya, harga baju dobi setiap kg adalah RM6, maka kalau berat baju dobi saya 1.2kg, saya harus bayar 1.2 x RM6 = RM 7.20.

Tapi semenjak kedai dobi itu menetapkan minimum order 2 kg, saya tidak pernah lagi dobi kurang dari 2 kg, lebih baik saya kumpulkan banyak sekaligus. Kalau kurang dari 2 kg, saya tetap kena bayar RM12. Automatik harga setiap transaksi kedai dobi itu naik dari sebelumnya.

3. Pos Percuma Untuk Minimum Order Tertentu

Anda pasti tahulah ye, kebanyakan marketplace menggunakan teknik ini seperti Shopee.

4. Upselling 

Setelah closing, tawarkan pembeli untuk membeli barang yang harganya lebih mahal.

5. Cross Selling

Inilah yang akan menjadi pembahasan utama kita. 

Cross selling itu biasanya kalau sudah closing satu produk, kita tawarkan produk lain yang lebih mahal ataupun yang lebih murah.

Sebenarnya, untuk memaksimumkan teknik ini ada triknya. 

Ternyata ada sifat dasar manusia yang boleh kita manfaatkan untuk mengoptimalkan strategi ini.

Kisah Denis Diderot

Denis Diderot

Saya nak cerita sikit ye. Ini adalah kisah benar yang saya kutip dari salah satu buku karya James Clear.

Ada seorang ahli falsafah Perancis bernama Denis Diderot. Hampir seumur hidupnya miskin. Tapi menariknya, semua keadaan itu berubah dalam satu hari.

Ketika anak perempuannya mahu berkahwin,  dia tidak ada duit untuk membiayai pernikahan anaknya. 

Walaupun tidak memiliki harta, Diderot dikenali ramai kerana tugasnya sebagai seorang Penulis Encyclopedie, salah satu ensiklopedia paling lengkap pada waktu itu.

Ketika Catherine the Great, Maharani Rusia, mendengar masalah kewangan Diderot, hatinya terusik. 

Beliau adalah penggemar buku dan sangat suka membaca ensiklopedia itu. 

Beliau berniat ingin membeli perpustakaan peribadi Diderot yang berharga 1,000 pound sterling pada masa itu.

Dalam sekelip mata, Diderot mempunyai banyak wang. 

Dengan kekayaannya itu, dia tidak hanya mampu membiayai pernikahan anaknya tetapi juga membeli pakaian mewah untuk dirinya sendiri. 

Pakaiannya itu sangat mewah. Betapa mewahnya sehinggakan Diderot melihat tidak ada kesesuaian lagi dengan barang-barang lain miliknya yang biasa-biasa sahaja.

Diderot terus rasa perlu meningkatkan status dirinya. 

Dia menggantikan karpetnya dengan karpet dari Damsyik. Lalu dia menghiasi rumahnya dengan patung-patung mahal, kerusi rotan yang lama dibuang dan diganti dengan kerusi kulit dan banyak lagi.

Diderot tidak pernah puas. Setiap kali membeli satu, disusuli dengan belanja yang lainnya pula.

Sebenarnya kelakuan Diderot ini adalah perkara biasa. Dan oleh sebab itu, kecenderungan membeli satu benda yang disusuli dengan pembelian berikutnya disebut juga sebagai The Diderot Effect.

The Diderot Effect adalah setiap kali membeli satu barang yang baru, kita akan sering menciptakan rasa tidak puas dengan barang yang lama yang membuatkan kita membeli lebih banyak lagi.

Dan saya yakin, Anda yang membaca post ini pernah merasakan The Diderot Effect ini dimana-mana.

Contohnya, ada orang yang membeli dress lalu kemudian dia terpaksa membeli kasut dan anting-anting baru sebab yang lama dirasakan kurang ‘kena’ jika dipakai dengan dress yang baru. 

Adakah Anda sendiri pun terjebak dengan hal ini? Baik ngaku… haha!

Inilah sikap manusia yang tergolong dalam The Diderot Effect.

Niatnya hanya nak membeli telefon bimbit, tapi selepas itu rasa nak beli hp holder, tripod, power bank dan segala macam yang berhubungan dengan barang tersebut. Betul tak? 

Inilah sifat dasar atau sikap manusiawi yang sebenarnya boleh kita praktikkan kepada customer kita sebagai strategi untuk meningkatkan penjualan dalam satu transaksi. 

Tanpa perlu skill yang hebat, saya yakin semua orang termasuk Anda pasti mudah melakukannya.

Ketika Anda menjual skincare, cuba fikirkan selepas mereka membeli skincare mereka perlu apa lagi… lipstiknya ke, serumnya ke, atau bedaknya?

Jika Anda menjual jam tangan, apa lagi yang customer anda perlukan? Adakah membeli kasut baru supaya matching, baju atau seluarnya? Sediakan semua itu dan tawarkan sekali ketika closing.

Pastikan anda jangan cepat berasa puas hati dan bangga ketika dapat closing satu produk sahaja. 

Lakukan penawaran yang lain, tingkat nilai transaksinya dengan menggunakan strategi ini.

Itu cara termudah untuk meningkatkan penjualan Anda. 

Jika Anda tahu dan boleh memanfaatkan kecenderungan manusia dalam berbelanja, dalam sekelip mata penjualan Anda boleh meningkat secara drastik dan semakin LAKU KERAS.

Luaskan dan luruskan niat, bahawa jualan itu untuk membantu orang dan menyebarkan manfaat dan bukan sekadar mencari untung.

Apalagi jika ditambah skill closing yang hebat, wah banjir order bukan hanya mimpi belaka lagi.

Semoga dengan beberapa strategi di atas boleh terus Anda terapkan untuk menaikkan penjualan Anda sehingga berkali-kali ganda dari sebelumnya.. Aamiin Ya Allah.

Terima kasih sudah menyemak, mohon maaf jika ada salah kata-kata.

Sumber: Telegram Jago Jualan.