Terdapat satu perkara yang kebanyakan orang tidak sedar ketika menjalankan bisnes tidak kira samaada anda baru sahaja bermula menjalankan bisnes dari rumah dengan membuat bisnes menerima tempahan jahitan ataupun mempunyai syarikat bisnes sendiri.

Walau macammana situasi pun kalau anda seorang pemilik bisnes ataupun bekerja dibawah syarikat bisnes yang besar, terdapat satu perkara yang kita selalu lupakan iaitu kita perlu membuat marketing plan untuk bisnes kita.

Tanpa customer atau pelanggan, bisnes tidak akan wujud. Tanpa marketing(teknik pemasaran), customer anda susah nak munculkan diri lebih-lebih di zaman digital ini. Jadi, kita boleh lihat yang bisnes yang berjaya biasanya mempunyai marketing yang hebat dan berjaya juga.

Tapi kebanyakan kita yang baru sahaja mula membina bisnes online, merasakan ‘marketing plan’ ini tidak terlalu penting, Mungkin rasa begitu sebab tak cukup modal ataupun sebab tak tahu macammana nak buat marketing plan.

Tanpa memberi banyak alasan, kita kena ubah cara pemikiran kita.

Hari ini, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana:

  • menggambarkan marketing plan yang fokus pada media sosial
  • kelebihan dan kekurangan menggunakan 3 media media sosial yang paling popular digunakan untuk marketing.

Topik marketing plan, saya akan kongsikan di topik yang lain sebab terlalu banyak untuk diterangkan mengenai topik marketing atau pemasaran digital ini.

Biarlah kita kenal dahulu dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga media sosial ini iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Bila kita sebut tentang media sosial, selalunya orang yang berniaga akan berfikir bagaimana:

  • menaikkan bilangan pengikut(followers)
  • macammana nak mencipta hubungan yang baik dengan pengunjung akaun kita
  • macammana nak menaikkkan sales
  • macammana mengukuhkan brand atau jenama bisnes kita.

Kita tidak akan faham cara menggunakan ‘social media marketing’ kalau kita tidak mengenali dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga media sosial ini.

Saya akan terangkan dengan lebih terperinci tentang kelebihan dan kekurangan yang kita akan dapat melalui 3 media sosial yang biasa digunakan di negara kita iaitu facebook, instagram dan Twitter.

 

Facebook

Kelebihan Facebook yang pertama ialah:

  • satu platform media sosial yang paling popular pada masa sekarang
  • mempunyai lebih 2 billion pengguna setiap hari
  • kebanyakan pengguna Facebook meluangkan masa lebih lama di Facebook berbanding media sosial yang lain.

Tapi kekurangannya ialah:

  • apabila pengguna terlalu ramai, Facebook terpaksa mengurangkan ‘reach; untuk setiap post terutamanya kalau kita ada facebook fan page
  • sebab itulah hanya pengikut tertentu sahaja yang dapat apa yang kita post
  • Contohnya kalau kita ada 100,000 pengikut, mungkin hanya 20% sahaja yang dapat melihat status terbaru kita tersebut.

Kelebihan Facebook yang kedua ialah:

  • merupakan satu tempat berkumpul untuk keluarga dan rakan-rakan sebab kita masih boleh berinteraksi walaupun mereka berada jauh dari pandangan.
  • dengan melihat gambar ataupun mendapat update kisah terbaru dari mereka pun boleh membuatkan rindu terubat, betul tak?

Tapi kekurangannya ialah:

  • post yang berbaur negatif sangat mudah untuk di viralkan di Facebook terutamanya kalau ada yang mempunyai masalah rumahtangga atau keluarga
  • jika update semua di status, ia akan memberi kesan yang tidak baik untuk keluarga dan rakan-rakan.

Kelebihan Facebook yang ketiga ialah:

  • apabila kita nak kongsikan link yang lain di luar fb, link tersebut boleh di klik terus untuk memudahkan orang lain mendapat info yang mereka inginkan.

Tapi kekurangannya ialah:

  • seperti media sosial yang lain, Facebook tidak menyukai posting seperti ini
  • sebab utama akan mengurangkan reach dan mungkin tak semua pengikut kita akan menerima posting seperti ini.

Kelebihan Facebook yang keempat ialah:

  • kita boleh update status dalam pelbagai bentuk seperti video, gambar ataupun karangan yang panjang. Saya rasa, ini juga antara sebab kenapa fb mempunyai pengguna yang paling ramai sebab fb menonjolkan pelbagai pilihan untuk pengguna.

Tapi kekurangannya ialah:

  • Facebook algorithm akan sentiasa berubah dan kita tidak tahu posting yang bagaimana yang boleh mendapat reach yang banyak.
  • Tidak seperti sebelum ini, posting berbentuk video sangat mudah untuk mendapat reach yang tinggi dan kemungkinan ketika anda membaca blog ini, Facebook algorithm telah berubah dan reach untuk posting video pun menurun dengan mendadak.

 

Instagram

Kelebihan Instagram yang pertama ialah:

  • merupakan satu platform yang fokus pada visual.
  • kalau anda mempunyai bisnes dalam bidang seni lukisan ataupun fotografi, ini adalah platform media sosial yang terbaik untuk anda.

Tapi kekurangannya ialah:

  • jika kita nak kongsikan link gambar tersebut dari website atau blog kita, link tersebut tidak boleh diklik terus.
  • Link yang hanya boleh diklik di Instagram ialah di bahagian profile ataupun di instagram story(dengan syarat kita mempunyai lebih 10,000 pengikut atau followers).

Kelebihan Instagram yang kedua ialah:

  • mempunyai pelbagai jenis filter yang boleh digunakan untuk mencantikkan gambar atau video dengan mudah.
  • memudahkan kita untuk menetapkan filter yang sesuai untuk posting kita nanti yang secara tak langsung juga dikenali sebagai personal branding.

Tapi kekurangannya ialah:

  • post Instagram hanya boleh diupload menggunakan smartphone sahaja dan buat masa sekarang ianya masih belum boleh diupload menggunakan komputer.
  • kalau anda mengambil gambar dari kamera digital, gambar tersebut mesti disimpan di smartphone ataupun google drive sebelum diupload di Instagram.

Kelebihan Instagram yang ketiga ialah:

  • satu platform yang memudahkan kita berhubung dengan pengikut ataupun pelanggan kita menerusi komen ataupun ig story.
  • kita boleh tahu akaun Instagram itu mempunyai pengikut yang berkualiti ataupun tidak dengan melihat ruangan komen sahaja. Kalau banyak komen yang tulis panjang lebar dan bermanfaat, itu maknanya akaun Instagram tersebut mempunyai pengikut yang setia atau berkualiti.

Tapi kekurangannya ialah:

  • di bahagian komen, sangat mudah mendapat ‘spam comment'(pernah nampak tak komen tentang ‘money collector?) dan ini kadang-kadang mengganggu fokus orang yang suka membaca komen.
  • majoriti orang yang suka meninggalkan komen yang negatif pun agak berani memberi komen di Instagram.

 

Twitter

Kelebihan Twitter yang pertama ialah:

  • kita tidak perlu menulis ayat yang terlalu panjang, yang penting ayatnya pendek dan sedap dibaca.
  • buat masa sekarang ni kita boleh membuat ayat sebanyak 280 karakter berbanding yang sebelumnya hanya 140 karakter sahaja.

Tetapi kekurangannya ialah:

  • Ayat kita tidak boleh dipendekkan lagi walaupun terlebih 2 atau 3 karakter dan terpaksalah buat ayat yang baru balik.

Kelebihan Twitter yang kedua ialah:

  • tidak serabut untuk digunakan
  • kalau brand anda lebih fokus pada penulisan, Twitter marketing amat sesuai untuk anda.
  • Sebagai contoh, kita boleh lihat kebanyakan syarikat berita menggunakan Twitter untuk update berita terkini tentang isu semasa.

Tetapi kekurangannya ialah:

  • kalau berita tersebut atau ayat anda ada kesilapan yang tak disengajakan, post anda tersebut sangat mudah mendapat perhatian. Jadi, eloklah fikir dulu sebelum menaip.

Kelebihan Twitter yang ketiga ialah:

  • kita boleh juga menggunakan Twitter untuk mencari sesuatu yang kita inginkan seperti kita membuat carian di google ataupun di youtube
  • Kalau penulis tersebut sambungkan posting yang pertama ke beberapa pos yang lain, bolehlah anda baca info tentangnya dengan lebih mendalam.

Tetapi kekurangannya ialah:

  • hanya info tertentu sahaja yang membuatkan orang suka membaca ayat yang mempunyai posting bersambung ini.
  • Mungkin orang baca posting yang pertama sahaja dan yang lain diabaikan terus.

 

Impression dan Reach

Impression ialah berapa kali post anda dilihat dan ditunjukkan di wall orang lain.
Reach ialah berapa orang yang melihat posting anda di wall mereka.

Jika dibandingkan antara impression dan reach, reach mempunyai bilangan yang agak tepat.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi reach kita iaitu:

  • berapa orang yang jadi pengikut di media sosial kita
  • berapa peratus dari pengikut kita tersebut yang dapat melihat posting yang kita kongsikan.
  • kita kena tahu yang impression dan reach ni bergantung kepada apa yang kita post dan bukannya populariti kita di media sosial.

*Bilangan REACH biasanya lebih rendah daripada impression dan setiap kali algorithm media sosial berubah, bilangan reach biasanya akan semakin berkurang.

Sebab itu, kalau nak tambah bilangan reach, kita kena beli iklan di media sosial dan kesan dari situlah harga iklan menjadi semakin mahal. Jadi, personal branding amatlah penting kalau anda nak mencapai reach yang tinggi.

Sebagai contoh,

Anda kongsikan satu post di Facebook dan hanya seorang pengikut yang dapat melihat post tersebut. Inilah yang dinamakan impression=1 dan reach=1.

Tetapi kalau pengikut anda dapat melihat 2 post daripada anda yang satu daripadanya dikongsikan oleh kawannya, inilah yang dinamakan impression=2 sebab dia melihat 2 post dan reach=1.

Dua perkataan ini anda akan jumpa dengan lebih kerap dalam topik social media marketing yang lain dan ianya penting untuk difahami.

Semoga anda telah faham ketiga-tiga media sosial yang saya terangkan tadi. InsyaAllah kalau diizinkan waktu saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang social media marketing ini.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating