Tips Bergambar Untuk Personal Branding

Tips Bergambar Untuk Personal Branding

Personal branding akan menjadi sangat kuat kalau kita mengutamakan dan memikirkan audience kita dahulu.

Bak kata seorang brand strategist,

“Kalau kita dah bina bisnes yang unik dan target audience yang tepat… gambar personal brand kita pun kena unik dan tepat juga.”

Tapi sebelum ambil gambar, soalan yang selalu terlintas di fikiran kita adalah…

Apa aku nak pakai untuk bergambar ni?”

Jadi, inilah 3 petua macammana nak pilih baju yang sesuai untuk bergambar nanti:

1. Pilih Pakaian Tidak Bercorak (Solid)

Ini adalah top tips yang jurugambar akan pesan kepada kita melainkan mereka mengambil gambar dalam bidang fesyen.

Boleh pilih warna pakaian apa pun tetapi ELAKKAN corak yang nampak berat, belang-belang, berlogo dan mempunyai kata-kata di pakaian yang dipakai.

Kena ingat, tujuan kita bergambar adalah untuk berinteraksi dengan audience. Kalau audience lebih fokus kepada pakaian dan rupa, ini akan mengganggu personal branding yang nak dibina.

Baju yang tidak bercorak atau warna plain(solid) boleh membuatkan audience mudah fokus dan tidak terganggu untuk melihat penampilan yang ditunjukkan.

Warna plain juga boleh beri kekuatan di dalam gambar walaupun kita tengah tersenyum atau sedang memegang handbag dan lain-lain.

Baju belang-belang boleh membuatkan gambar seakan-akan bergerak.

2. Pakai Pakaian Yang Selesa

Bukan senang nak bergambar di depan kamera terutamanya untuk introvert. Jadi, eloklah pilih pakaian yang boleh buat kita berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Kalau kita ada kasut yang membuatkan kita rasa mempunyai value yang tinggi, pakai kasut tersebut. Kalau ada baju yang membuatkan kita rasa tidak selesa dan nampak tidak sesuai, jangan pakai!

Gambar akan nampak lebih menarik apabila kita rasa diri kita sendiri adalah menarik.

Salah satu tips nak tahu pakaian apa yang sesuai untuk kita adalah dengan melihat baju-baju yang dah disimpan di dalam almari. Pilih pakian-pakaian yang selalu dipakai dan mungkin itulah gaya yang sesuai untuk kita.

3. Pakai Perhiasan Yang Simple

Tidak kisahlah samada memakai barang perhiasan(jewelry), kasut, makeup ataupun tudung… pastikan ianya nampak simple dan tidak berlebih-lebihan.

Ini memudahkan audience untuk fokus kepada mata, ekspresi dan produk yang kita pamerkan.

Contohnya, cubalah pakai gelang yang tidak terlalu lip-lap, kasut yang berwarna neutral, makeup yang nampak natural dan juga tudung yang berwarna lembut(asalkan sesuai dengan tona kulit).

Jenis-Jenis Gambar Yang Boleh Diambil

Ini adalah contoh gambar yang “Wajib Ada” jika kita nak membangunkan personal branding.

1. Headshot

“Hai semua. Saya…blablabla” ….

Biasanya, kita akan selalu menggunakan gambar jenis ini ketika memperkenalkan diri. Gambar ini boleh diletakkan di profil media sosial ataupun di website/blog.

2. Senyum

Tidak ada gambar lain yang boleh menarik perhatian audience kita melainkan gambar sedang tersenyum. Pastikan kita ada satu gambar sedang tersenyum yang bekualiti.

3. BTS (Behind The Scenes)

Gambar ini menunjukkan kita sedang bekerja dan sesuai diletakkan di media sosial, landing page dan juga about me page.

4. Negative Space

Ini adalah gambar yang mempunyai background yang kosong dan gambar jenis ini biasa digunakan untuk membuat banner iklan. Kalau nak letakkan text, sebaik-baiknya ambil gambar yang mempunyai background berwarna putih atau pastel.

5. Menyerlahkan Personaliti

Gambar seperti ini menunjukkan siapa diri kita yang sebenar dan kebanyakan audience lebih suka melihat gambar sebegini. Ini boleh menarik perhatian orang yang suka dengan personaliti kita.

Ok, dah bersedia nak ambil gambar? Yang penting, kita menjadi diri kita sendiri dan pilih apa yang sesuai dan selesa sebab membina personal brand biasanya makan masa yang panjang. Sila share jika rasa semua tips ini bermanfaat.