Tools terbaik untuk membuat content
Page ini mengandungi link affiliate. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan link affiliate di page ini, FadzBiz mungkin akan mendapat komisen.
Jangan risau… anda tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan. Terima kasih kerana menyokong kami!
Website dan Hosting
ServerFreak
Saya menggunakan shared hosting ini untuk blog dan website yang saya buat. Sudah hampir 5 tahun berurusan dengan ServerFreak dan sampai saat ini, customer servicenya antara yang terbaik yang saya pernah jumpa.
NameCheap
Saya sudah membeli pelbagai jenis domain di NameCheap kerana harga domainnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Selain itu, cara pemasangan domain baru pun lebih mudah.
Theme WordPress
Theme ini sangat simple, ringan dan sesuai untuk membuat blog di WordPress. Saya mula membeli theme ini ketika pertama kali ia keluar di ThemeForest. Saya masih menggunakannya sampai sekarang. Kalau anda lebih suka menggunakan Elementor, theme ini sangat sesuai untuk anda.
Alatan Membuat Content
Canva
Saya selalu menggunakan Canva untuk mengedit gambar dan membuat content dalam bentuk gambarajah dan penulisan.
Answer The Public
Kalau saya bingung dan tidak pasti nak kongsikan topik apa , saya akan merujuk ke Answer The Public.
Trello
Trello memudahkan saya untuk menyusun jadual dan menulis nota yang penting. Boleh digunakan di hp dan juga desktop.
Mic
Saya menggunakan mikrofon ini jika suara saya tidak begitu jelas di dalam video. Kadang-kadang saya menggunakan mic ini untuk voiceover juga.
Kamera + Video
Ini adalah salah satu kamera yang selalu digunakan oleh content creator. Kamera ini memudahkan saya merakam video yang lebih jelas dan cantik.
Lampu
Lampu ini banyak membantu saya ketika mengambil gambar atau merakamkan video menggunakan hp. Inilah penyelamat saya apabila cuaca tiba-tiba mendung ataupun gelap.